Pilihan raya umum ke 13, PAS lawan PKR di Sabah

Muda Mohd. Noor
 | June 10, 2011

"Saingan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan PAS akan berlaku di banyak kerusi di Sabah kali ini, " kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohamad Abdullah.

PETALING JAYA: Khabar buruk untuk Pakatan Rakyat PAS dan PKR  berebut kerusi di Sabah menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohamad Abdullah secara terus terang mengatakan PAS tidak gembira dengan PKR yang menurutnya ego dan tidak mahu mengalah.

Tokoh veteran PAS Sabah itu memberi amaran keras, PAS akan mencabar calon  PKR jika rundingan pembahagian kerusi antara dua parti pembangkang itu  gagal.

Menurutnya, rundiangan akan gagal  jika PKR menunjukkan sifat ego dan tidak mahu mengalah.

“Saingan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan PAS akan berlaku di banyak kerusi di Sabah kali ini. Saya berjanji kerusi PAS akan ditandingi oleh calon PAS, bukan lagi calon dari PKR.

“PKR parti yang sombong dan bercita-cita terlalu besar, sedangkan mereka tidak ada penyokong di Sabah.

“PKR mahu bertanding semua kerusi termasuki di kerusi PAS.  Mereka tidak sedar tiada ahli hingga tiada pekerja jentera pilihan raya,” katanya ketika ditemui di muktamar PAS di Gombak minggu lalu.

Mohamad dari Tawau berkata, sikap sombong dan tidak mahu mengalah PKR berlaku semasa rundingan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam pilihan kecil tahun lalu.

Menurutnya, wakil PAS berunding selama dua hari dua malam dengan wakil PKR tetapi gagal menemui jalan penyelesaian.

Enggan mengalah

“Wakil PKR enggan mengalah walaupun kami mengatakan Batu Sapi adalah kerusi tradisi PAS. Kami juga memberitahu mereka, PKR tiada penyokong di Batu Sapi.

“Tetapi untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat, PAS mengalah dan kerusi itu ditandingi calon PKR, Ansari Abdullah.
“PKR gembira kerana berjaya merampas kerusi PAS tetapi calon kami menangis.

“Apa yang berlaku selepas itu? Jentera PAS yang bertugas untuk calon PKR itu, tiada satu pun jentera PKR dan akhirnya Ansari kalah,” katanya.

Mohamad berkata, PAS akan bertanding lima kerusi Parlimen iaitu  Kinabatangan, Sandakan, Kota Belud, Putatan dan Sepanggar dan 15  kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, rundingan dengan DAP telah selesai dan parti itu setuju dengan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS.

Bagaimanapun, rundingan PAS dengan PKR belum diadakan kerana  wakil parti itu dari Semenanjung belum datang ke Sabah.

“Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) beritahu kami supaya tunggu wakil PKR dari Semenanjung untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi antara PAS dan DAP.

“Tetapi Pilihan raya semakin hampir tetapi bayang muka pemimpin PKR dari Semenanjung pun belum nampak lagi,

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Recent Posts

Archives