Peniaga Melayu tidak boleh harap pasar raya

Muda Mohd. Noor
 | July 27, 2011

Mereka perlu tubuh rumah dagang atau 'trading house' sendiri.

KUALA LUMPUR:  Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.

“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.

“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat oleh pasar raya besar itu.

“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan kepada peniaga Melayu.

“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” katanya.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Recent Posts

Archives