Deklarasi Himpun Mempertahan Akidah

FMT Staff
 | October 22, 2011

Penggubalan sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar, adalah di antara 10 deklarasi yang dicapai.

SHAH ALAM: Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berjaya menarik penyertaan lebih 5,000 umat Islam di Stadium Shah Alam petang tadi sepakat mengemukakan 10 deklarasi berikut:

1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

2) Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.

8) Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.

9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10) Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Recent Posts

Archives

October 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31