Ulasan buku âKalki: Selected Storiesâ yang boleh membantu pembaca mengenali seorang tokoh sastera Tamil.
Bagi pengarang sastera Tamil â di Tamil Nadu mahu pun di Malaysia â Kalki adalah nama pengarang yang âwajibâ diketahui.
Kecintaan Kalki terhadap Bahasa Tamil amat disanjung sehingga wujud istilah âKalki Tamilâ yang merujuk pada gaya penulisan Kalki yang asli serta berakar-umbikan linguistik tradisional dan latar tempatan (Tamil Nadu).
Saya bergantung pada terjemahan karya sastera dunia ke Bahasa Inggeris untuk mampu menikmatinya sebagai santapan minda. Tentu sahaja saya turut menunggu âpeluangâ membaca karya-karya Kalki; khususnya cerpen untuk lebih memahami ideologi beliau.
Mujurlah cucu kepada Kalki, Gowri Ramachandran, menyedari perlunya karya-karya pengarang itu diterjemah ke Bahasa Inggeris supaya mampu dibaca khalayak seluruh dunia.
Akhirnya, Gowri menterjemah sejumlah dua belas cerpen ke Bahasa Inggeris untuk diterbitkan dengan judul Kalki: Selected Stories (1999) sempena ulang tahun keseratus kelahiran Kalki.
Membaca versi asal dalam Bahasa Tamil mungkin merupakan pilihan terbaik. Namun, versi terjemahan oleh Gowri adalah sebaik-baik terjemahan minda kreatif Kalki kerana dilakukan dengan penuh teliti.
Maka, kini sudah ada peluang bagi peminat karya sastera di luar lingkungan khalayak yang menguasai Bahasa Tamil untuk turut menikmati dan menghayati sejumlah cerpen yang dihasilkan Kalki atau nama sebenarnya R. Krishnamurthy (9 September 1899 â 5 Disember 1954).
Saya menemui buku berkenaan pada 6 November 2004 dan terus membelinya untuk dijadikan koleksi amat bernilai memandangkan Kalki diakui sebagai perintis sastera moden Bahasa Tamil.
Dalam bidang penulisan cerpen pula, beliau dianggap melanggar syarat-syarat dan kriteria sebuah cerpen.
Aspek yang paling ketara adalah bahawa Kalki ketara menulis cerpen yang terlalu panjang sehingga menyamai sebuah novela atau pun sebuah novel yang sengaja dipendekkan.
Hal-hal ini amat nyata menerusi cerpen-cerpen yang terkandung dalam Kalki: Selected Stories.
Karya beliau biasanya berciri âfaksyenâ iaitu gabungan antara fiksyen dan fakta. Kalki ketara menggunakan latar era Pallava dan Chola serta menggambarkan seni, budaya dan sastera pada zaman keagungan kedua-dua kerajaan berkenaan.
Perjuangan rakyat
Satu lagi aspek yang menarik perhatian saya adalah kehadiran watak pencerita yang bercakap secara langsung kepada pembaca.
Dalam cerpen âRural Fantasyâ yang diterjemah daripada âKanaiyazhiyin Kanavuâ (Ananda Vikatan, 1934) misalnya, Kalki menulis; dan saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia:
âSakuntalai ⊠Ini bukan nama sebenarnya. Saya menukarnya kerana takut para pembaca tidak boleh bertolak ansur terhadap kehadiran satu lagi nama daripada epik Ramayana.â
Dalam cerpen âThe Tiger Kingâ yang diterjemah daripada âPulirajaâ (Kalki, 1941), beliau menulis:
âSaya telah tampil untuk menceritakan kepada anda mengapa dia mula dikenali dengan gelaran Raja Harimau.â
Begitu juga dalam cerpen âTiruvazhundur Sivakozhunduâ (Ananda Vikatan, 1939) di mana Kalki bercerita begini:
âTidak, anda tentu tidak pernah mendengar tentang Kandappan dari Iyampettai kerana saya sudah pun mengubah nama watak dan tempat.â
Cerpen âThe Ruined Fortâ yang diterjemah oleh Gowri daripada âIdinda Kootaiâ (Ananda Vikatan, 1940) pula bermula begini:
âBaru-baru ini, apabila saya mengunjungi seorang rakan lama, anak gadisnya bertanya, âPak cik, mengapa pak cik sudah berhenti menulis cerita?â Saya memberikannya pelbagai alasan. Perang menyebabkan kertas sukar didapatkan; bagaimana saya boleh menyiarkan cerpen pengarang lain dalam Vikatan jika saya terus menulis; dan sebagainya. Sekarang saya akan menceritakan kepada anda punca sebenar saya berhenti menulis.â
Secara keseluruhan, karya-karya Kalki mengungkapkan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan, hak kaum wanita, keagungan keturunan Tamil, isu-isu politik, idealisme yang dibawa oleh Mahatma Gandhi, mengimbau sejarah serta unsur parodi dan satira yang disampaikan secara penuh seni menggunakan Bahasa Tamil moden yang mudah difahami.
Kesemua ini akan lebih jelas sekiranya kita berpeluang membaca novel-novelnya seperti Kalvanin Kadali, Alai Osai, Ponniyin Selvan, Sivakamiyin Sapatham, Parthiban Kanavu dan Tyagabhumi.
Namun, buat permulaan, buku Kalki: Selected Stories adalah pilihan terbaik untuk mengenali dunia faksyen ciptaan Kalki.
Uthaya Sankar SB boleh dihubungi menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk sebarang komen.







