Hasan Ali kekal Timbalan Pengerusi Mais

Fazy Sahir
 | January 19, 2012

Beliau juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah.

PETALING JAYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.

“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.

Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Pelantikan AJK masjid dan surau

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata Hasan Ali juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan yang memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor pula dipegang oleh Datuk Emran Kadir.

“Dalam Mais, Hasan Ali masih kekal memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah manakala Emran memegang Pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Penguatkuasaan.

Ini termasuklah mengawal dan mengambil tindakan aktiviti memurtadkan orang Islam, ajaran sesat, mengajar tanpa tauliah di masjid dan surau,” jelasnya.

Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hasan Ali bakal dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Recent Posts

Archives

January 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031