‘Anwar, Azmin, Kak Wan tetap musuh saya’

K Pragalath
 | January 21, 2012

Ezam Mohd Noor tuntut ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu memohon maaf kepada beliau dan keluarganya.

PETALING JAYA: Ezam Mohd Noor berkata,  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr  Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali kekal sebagai musuh.

Bekas ketua AMK itu mahu ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu memohon maaf kepada beliau dan keluarganya.

Anwar adalah ketua Pakatan Rakyat, Dr Wan Azizah isterinya adalah presiden PKR dan Azmin, timbalannya.

“Mereka tahu apa yang saya ketahui dan mereka tahu kebenaran,” kata senator lantikan Umno Selangor.

Dalam satu temubual di sini, Ezam mendakwa, Dr Wan Azizah yang kini presiden PKR bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Azmin mendapat sokongan kuat Anwar, kata Ezam.

“Azizah tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Azmin kerana hal-hal peribadi,” tambahnya.

Keluarga Anwar

Ezam berkata, beliau dan keluarganya menjadi sebahagian keluarga Anwar ketika Anwar dipenjarakan enam tahun atas salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ezam yang ditahan ISA selama dua tahun pada 2001 tegas mengatakan enam kotak bukti rasuah kerajaan berada dengan Anwar.

“Saya tidak mengetahui isi kandungan kotak-kotak tersebut. Tetapi Dr Wan Azizah  memberitahu saya 10 tahun lalu,” kata Ezam.

Isu kotak itu, menurut bekas orang kuat PKR, turut tercatat dalam penulisan pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang bertajuk Politik Perlembagaan.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan liwat ke atas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ezam sebaliknya  percaya mahkamah telah membuat keputusan yang salah.

Lihat juga:

Ezam: Pakatan Rakyat patut menawan Putrajaya pada 2008

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Recent Posts

Archives

January 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031