Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Demo kecam campur tangan Arab Saudi

 | April 30, 2011

Berpuluh penunjuk perasaan Bahrain maut, 100 dilaporkan hilang dan 1,000 yang lain mengalami kecederaan akibat serangan tentera Bahrain yang disokong tentera Arab Saudi.

KAHERAH: Penunjuk perasaan di seluruh dunia membanjiri jalanraya mengutuk kekejaman tentera Bahrain yang disokong oleh tentera Arab Saudi ke atas rakyat Bahrain.

Di Mesir, beratus penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat kerajaan di sini semalam sambil mengutuk keluarga Al Saud dari Arab Saudi dan campur tangan bala tenteranya di Bahrain.

Di New Delhi, India, mereka yang terdiri daripada para pelajar universiti, berkumpul di luar Kedutaan Arab Saudi. Mereka melaungkan perpaduan sambil mengkritik pencerobohan tentera Arab Saudi dan menuntut dihentikan keganasan terhadap rakyat Bahrain.

“Kami menyokong kebangkitan rakyat Bahrain menentang kerajaan boneka Amerika Syarikat, Arab Saudi di Bahrain.  Kami mengutuk rejim seperti ini,” kata salah seorang penunjuk perasaan.

Protes juga diadakan di bandar-bandar di India yang lain seperti Amroha, Nogawan, Lucknow dan Mumbai.

Di Britain, berpuluh-puluh aktivis berkumpul di hadapan Istana Buckingham di London bagi menyatakan sokongan terhadap revolusi di Bahrain.

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan terhadap keluarga di raja Bahrain dan Arab Saudi dan menuntut apa yang mereka sifatkan sebagai penaklukan Bahrain oleh Arab Saudi.

Kerajaan Jerman juga mengkritik tindakan kerajaan Bahrain menjatuhkan hukuman mati terhadap beberapa rakyatnya dan mendesak pemimpin Bahrain menarik balik hukuman yang tidak berperikemanusiaan itu.

Hukuman bersifat drakonian ini menggagalkan proses pendekatan dan perpaduan di Bahrain,” kata Andreas Peschke, jurucakap Kementerian Luar Jerman semalam.

Beribu-ribu rakyat Bahrain juga berkumpul bersama seorang ulama’ di Manama dan mengutuk hukuman bunuh terhadap empat penunjuk perasaan yang ditahan kerana penglibatan mereka dalam gerakan anti-kerajaan.

Mereka mengutuk hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera itu sehari sebelum empat lelaki dituduh membunuh dua anggota polis ketika protes.

Pekerja wanita membanjiri jalanraya

Sementara di Tehran, sekumpulan besar pekerja wanita membanjiri jalanraya di bandaraya ini dan bandar-bandar lain di seluruh Iran hari Jumaat bagi meluahkan perasaan marah terhadap kezaliman rakyat Bahrain yang memprotes secara aman.

Perhimpunan secara besar-besaran kelihatan selepas solat Jumaat di seluruh negara di mana penunjuk perasaan melahirkan kekecewaan mereka terhadap kezaliman rejim Al Saud dan Al Khalifa terhadap rakyat Bahrain.

Sementara itu, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat gagal menanggani penindasan terhadap perhimpunan gerakan pro-demokrasi di Bahrain dan berdiam diri mengenai penaklukan Arab Saudi.

Demontrasi anti-kerajaan itu bermula Februari lalu, dengan para penunjuk perasaan menuntut kebebasan dan reformasi politik, raja berpelembagaan dan penghapusan amalan diskrimasi berdasarkan mazhab. Ada yang menuntut supaya dihapuskan sistem beraja.

Keganasan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan memuncak apabila Arab Saudi, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Oman dan Qatar menghantar bala tentera ke Bahrain bagi membantu Manama menghancurkan para penunjuk perasaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments