Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Balkis: Mahkamah tangguh semakan kehakiman

November 30, 2011

Balkis menjadi bahan perbualan apabila MB Selangor dakwa penyalahgunaan dana melibatkan Presidennya Zaharah Kechik, isteri Dr Khir Toyo.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan keputusan permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan Selangor dan
sembilan lagi berhubung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri- isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen Selangor (Balkis), pada 15 Dis ini.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar hari ini.

Permohonan semakan kehakiman tersebut difailkan oleh 10 pemohon – kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings

Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd -
mencabar keputusan ROS.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas Presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohon antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan ROS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis).

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments