Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Sebar maklumat melalui aplikasi teori komunikasi 4M

 | February 19, 2012

Datuk Ahmad Maslan berkata 4M itu ialah media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik.

KUCHING: Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara perlu mengaplikasikan teori berkomunikasi 4M iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik bagi mempertingkatkan aktiviti memberi penjelasan kepada rakyat akar umbi berhubung pelbagai isu berbangkit.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan 4M itu mesti diterapkan ke dalam semua parti komponen BN termasuk di Sarawak dengan kelajuan ‘gear 5′ dalam usaha mengukuhkan setiap sesi penerangan yang dijalankan oleh jentera parti.

Malah katanya, setiap pemimpin BN terutamanya jentera Pemuda dan Wanita harus menggunakan strategi seumpamanya sebagai kekuatan perjuangan bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU-13) akan datang.

“Jangan tertinggal dari menggunakan teori berkomunikasi ini (4M) terutamanya menguasai media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter selain laman blog yang menjadi medium berita popular dalam kalangan anak-anak muda.

“Justeru, jawatankuasa ini (Jawatankuasa Penerangan) harus memperhebatkan penggunaan teknologi baru ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat dan menangkis tohmahan dilemparkan pembangkang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penerangan Jawatankuasa Biro Publisiti dan Penerangan BN di Yayasan Sarawak di sini hari ini.

Kira-kira 212 peserta terdiri daripada ahli-ahli parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) hadir dalam sesi penerangan sehari itu.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu Sarawak merupakan negeri terakhir menganjurkan program seumpamanya. Selepas ini katanya, beliau akan melakukan perkara yang sama di wilayah tengah dan utara negeri ini iaitu di Sibu dan Miri.

“Kita menekan betapa pentingnya penggunaan media baru dalam menjana kempen pada pilihan raya umum yang akan datang kerana kita melihat ia sebagai satu perkara yang remeh atau mudah,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom menjelaskan parti-parti komponen BN negeri memiliki laman web tersendiri bagi mendekati rakyat akar umbi atau ahli-ahli parti.

Tags: Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional (BN), Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Malaysia, Datuk Ahmad Maslan,


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments