Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Wanita mahu siasatan ke atas anggota polis dipercepatkan

March 16, 2012

Zaleha Mohd, 56, berkata keluarganya ingin tahu status kes itu memandangkan kejadian itu sudah dua minggu berlalu manakala cucunya mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut dan bahu.

GEORGE TOWN: Seorang wanita hari ini memohon polis mempercepatkan siasatan terhadap seorang anggotanya yang didakwa melempar topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkan cucunya jatuh daripada motosikal di Jalan Teluk Bahang di sini 4 Mac lepas.

Zaleha Mohd, 56, berkata keluarganya ingin tahu status kes itu memandangkan kejadian itu sudah dua minggu berlalu manakala cucunya mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut dan bahu.

“Mak cik cuma tidak puas hati bila mereka (polis) tidak beritahu apa tindakan seterusnya. Mak cik ada tanya semalam di Balai Polis Balik Pulau dan mereka beritahu perkara ini akan disiasat dan Pendakwa Raya akan mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Cucu beliau Mohd Afiq Rozaimi, 18, adalah antara 15 remaja yang sedang menunggang motosikal secara berkumpulan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang apabila anggota polis berkenaan melempar topi keledar ke jalan raya untuk menahan mereka, menyebabkan Mohd Afiq dan lima yang lain jatuh.

Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang penduduk kampung berkenaan mellontar batu ke arah Balai Polis Teluk Bahang kerana berang dengan tindakan anggota polis terbabit.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid berkata siasatan berhubung insiden itu masih berjalan dan polis telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung.

Susulan kejadian itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments