Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemuda Umno nasihat Mohd Isa dekati orang muda

 | June 27, 2012

AJK Arau mendakwa Menteri Besar Perlis itu tidak mempunyai agenda terhadap mereka.

KANGAR: Pemuda Umno Arau menasihatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mendekati orang muda bagi memastikan mereka menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Ingatan itu dikeluarkan oleh AJK Pemuda Umno bahagian itu, Ammar Hassan.

“Bagi saya orang muda di Perlis mula menjauhkan diri dari Umno kerana Menteri Besar  gagal menyediakan agenda untuk mereka.

“Mereka tidak mendekati Umno kerana tidak ada hala tuju untuk mereka.

Menteri Besar tidak mendekati mereka, mungkin kerana faktor usia yang jauh antara Mohd Isa dengan orang muda.

“Saya mencadangkan supaya Mohd Isa mencontohi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang membuat pelbagai program untuk orang muda.

“Kita bimbang jika tidak ada usaha, mereka (orang muda) akan pergi ke parti pembangkang,” katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Arau.

Pengaruh tokoh agama

Mengulas mengenai peluang pembangkang dalam pilihan raya umum 13, Ammar menegaskan, PKR dan PAS sukar untuk merampas kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, beliau bimbang  isu-isu yang di luar jangkaan menyebabkan Perlis jatuh ke tangan pembangkang.

“PKR tidak mempunyai kekuatan di Perlis tetapi PAS ramai penyokongnya.

“Kita juga rasa risau jika tokoh-tokoh agama Perlis di saat-saat akhir menyertai PAS kerana pengaruh mereka kuat,” tambah Ammar lagi.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS menang dua kerusi DUN manakala PKR dan DAP gagal memenangi sebarang kerusi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments