Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya hormati pandangan Tun M, kata Hishamuddin

 | August 19, 2014

Hishamuddin menilai sekiranya Najib Razak tidak bertindak berani untuk berdepan dengan puak pemisah, tidak mungkin beliau mampu mengurus kepulangan jenazah MH17 ke Malaysia.

hishamuddinPETALING JAYA: Berikutan kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang menjelaskan apa yang dilakukannya kini bukanlah bertujuan mahu memaksa Najib meletakkan jawatan, sebaliknya hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan yang tidak menguntungkan negara turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam satu kenyataan, beliau menyebut bahawa Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran.

“Tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya. Pada masa sama, saya tak nak aibkan pandangan Tun M kerana dari dulu lagi beliau ada pendiriannya sendiri.

“Saya hormati pandangan beliau,” katanya.

Namun begitu, Hishamuddin berkata sekiranya Najib Razak tidak bertindak berani berdepan dengan puak pemisah, tidak mungkin beliau mampu mengurus kepulangan jenazah MH17 ke Malaysia.

“Justeru, terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri,” ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments