Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengantin separuh bogel jadi viral terbaru

 | August 25, 2014

Menurut pengguna jalan raya tersebut pasangan pelik itu berjalan pada jam 9 pagi semasa waktu kemuncak untuk orang ke tempat kerja.

IPOH: Sepasang pengantin yang berjalan dengan pakaian separuh bogel telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Pasangan tersebut telah menarik perhatian pengguna jalan raya di Jalan Sultan Yussuf pagi tadi. Ramai pengguna berhenti untuk menyaksikan pasangan tersebut.

Pengguna jalan raya tersebut telah mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook. Rata-rata pengguna di laman sosial tersebut marah dan mengecam tindakan pasangan pelik itu.

Ada juga yang berfikiran positif dengan beranggpan bahawa pasangan tersebut ingin membuat kelainan dalam sesi fotografi perkahwinan pasangan tersebut.

Menurut pengguna jalan raya tersebut, pasangan pelik itu berjalan pada jam 9 pagi semasa waktu kemuncak untuk orang ke tempat kerja.

Pasangan itu juga dikatakan hanya berjalan sekitar 10 minit namun kelakuan mereka telah mengundang pelbagai reaksi pekerja dan orang ramai yang lalu di jalan itu.

Video yang berdurasi 27 saat itu telah mendapat tontonan ramai pengguna laman sosial.

Berdasarkan video tersebut pasangan pengantin itu sedang melakukan sesi fotografi di jalan raya. Ini berikutan terdapat empat kru yang sedang memegang kamera untuk melakukan sesi fotografi.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments