Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Harga rokok naik RM 1

 | September 8, 2014

Kenaikan harga itu adalah disebabkan pihak BAT mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini.

RokokKUALA LUMPUR – British American Tobacco ( BAT) mengumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM1 mulai hari ini jika perokok mahu membeli tujuh jenama rokok keluaran syarikat British American Tobacco (M) Berhad (BAT Malaysia).

Antara jenama rokok yang dinaikkan harga adalah Dunhill ( RM13), KENT (RM 13), Peter Stuyvesant ( RM11.50), Pall Mall ( RM11.50), Benson & Hedges (RM13), Lucky Strike Plain ( RM 13.50) dan Rothmans International ( RM13.50).

Harga baharu untuk setiap sekotak rokok yang mengandungi 20 batang itu diumumkan oleh syarikat BAT Malaysia menerusi satu kenyataan akhbar, semalam.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pihaknya mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini.

Menurutnya, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments