Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Aziz Bari: Derhaka kepada Sultan bukan satu jenayah

 | September 9, 2014

Tiada undang-undang di Malaysia yang menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan.

Aziz-Bari-24122010KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Ketika mengulas isu mengenai surat yang dihantar oleh Istana kepada PKR dan DAP memaklumkan Bahginda Sultan murka dengan tindakan dua parti tersebut yang mencalonkan hanya satu nama, Aziz menjelaskan bahawa PKR dan DAP tidak melakukan kesalahan.

“Pertamanya, setahu saya, tiada undang-undang di Malaysia yang menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa undang-undang digunapakai di Malaysia tidak sama dengan undang-undang di Thailand yang meletakkan derhaka sebagai satu kesalahan yang mana hukuman atau tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang didapati menderhaka kepada Sultan atau Raja.

“Di sini (Malaysia) tidak ada.”

“Jadi itu hak ‘pihak’ berkenaanlah untuk menderhakakan sesiapa sahaja untuk jadi katak ke atau apa,” katanya kepada lebih 300 orang yang hadir dalam program anjuran PasMa ‘PAS campur Umno: Ke mana Hala Tuju?’.

“Saya harap raja dan istana faham serta tidak termakan fitnah Umno yang mengatakan PKR dan DAP kurang ajar, ini tidak timbul. Kita pegang prinsip perlembagaan,” jelasnya yang berucap di Auditorium Dewan Cina Kuala Lumpur.

Tambah Aziz, negara ini mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada yang dikatakan kuasa mutlak sebagaimana tiada kuasa mutlak dalam Islam.

“Dari mana kuasa mutlak ini. Apa asasnya? Yang ada kuasa mutlak ini Allah SWT sahaja.

“Di Selangor sudah mempunyai 30 SD yang menyokong Wan Azizah. Apabila Sultan menitahkan untuk mengeluarkan perintah meminta nama lain, pada saya ini salah dari segi undang-undang,” tegasnya.

“Konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dalam kancah politik. Adakah pihak istana sanggup dipersalahkan atau dilibatkan sekiranya kerajaan ini gagal? Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung? Soalnya.

“Pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran di bawah tanggungjawab mereka ,” ujarnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments