Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anwar, Guan Eng mohon ampun hanya lakonan politik

 | September 10, 2014

Syed Ali juga mengatakan Anwar seorang kaki putar alam yang sanggup bersandiwara dan menghalalkan segala cara demi agenda politik beliau.

anwarPETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng memohon keampunan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lebihdaripada sandiwara atau lakonan politik semata-mata dengan tujuan untuk menutup mata rakyat.

Menurut Syed Ali, rakyat cukup mengenali siapa Anwar. Beliau akan sentiasa ‘mengubah skrip’ politiknya mengikut suasana asalkan terkabul cita-cita besarnya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Inilah yang dinamakan ‘politik putar alam’ yang langsung tidak mempedulikan kepentingan rakyat sebaliknya hanya memikirkan untuk mendapat kuasa dengan mengikut pintu belakang,” tulisnya di dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Sebelum ini, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita atas tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah beliau supaya menyenaraikan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor. Sebaliknya kedua-dua parti itu tetap berkeras menghantar satu nama.

Selepas itu, Anwar dan Lim Guan Eng memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor.

Jelas Syed Ali, sepatutnya Ketua Pembangkang itu bukan sahaja wajib meminta ampun kepada Sultan Selangor juga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari politik selepas tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk tidak menghormati Raja Berpelembagaan di negara ini.

“Kita sendiri berasa pelik kenapa Anwar tidak habis-habis menyusahkan rakyat dan negara yang aman damai hanya semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya dan melunaskan cita-citanya menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Syed Ali juga mendakwa Anwar sememangnya pengacau dan pengkhianat kepada kestabilan rakyat dan negara ini kerana tindak tanduknya sering bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

“Anwar juga mengamalkan sikap diktator dan kuku besi bagi memastikan cita-cita politiknya menjadi kenyataan.

“Ketua pembangkang itu turut mencabuli prinsip demokrasi apabila menamakan isterinya Wan Azizah sebagai calon MB,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments