Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kemerosotan FGV seperti MAS, kata Tony Pua

 | October 28, 2014

Kemerosotan ini menyebabkan pelabur FGV seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji mengalami kerugian

tony_pua_300KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji balik keuntungan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), setelah harga sahamnya menjunam dari RM5.30 pada 28 Jun 2012 ke RM3.67 pada 11 September 2014.

Menurutnya, sekiranya FGV tidak meningkatkan prestasi mereka, syarikat ini akan mengalami nasib yang sama seperti Pengurusan Otomobil Nasional (PROTON) dan Malaysia Airlines System (MAS) yang umum diketahui semakin merundum.

“Kejatuhan saham FGV ini dilihat ekoran prestasi buruk yang dicatatkan dalam tempoh dua tahun ini.

“Melalui data yang diperolehi, kemerosotan harga sahamnya jatuh sebanyak 36.77 peratus dari 2012 hingga Oktober tahun ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengambil langkah yang segera sebelum FGV ini menjadi satu tanggungan dan beban kepada kerajaan.

“Kemerosotan ini menyebabkan pelabur FGV seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji mengalami kerugian sebanyak RM1 billion secara keseluruhannya.

“Ini tidak termasuk kerugian daripada pegangan 40 peratus secara terus oleh kerajaan dan agensinya, peneroka Felda dan kerajaan negeri Pahang,” jelasnya.

Ujarnya pengurusan tertinggi FGV, Tan Sri Isa Samad perlu bertanggungjawab dalam meningkatnya prestasi buruk syarikat ini.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata kejatuhan FGV adalah berpunca beberapa pasaran utama minyak sawit mentah di Eropah, Amerika Syarikat dan China mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan.

Selain persaingan daripada lain-lain minyak sayuran alternative seperti minyak soya yang sedang meningkat, kejatuhan ini adalah kerana permintaan yang rendah dan juga saingan dari minyak sayuran lain seperti minyak soya, maka terkumpul stok simpanan minyak sawit mentah yang banyak.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments