Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bawa Zhang Jian balik ke Malaysia dan dakwa

 | October 29, 2014

Saya mahu pembantu, rakan kongsi dan siapa pun yang terlibat dengan Zhang Jian di Malaysia ditahan dan ditangkap.

Lim Lip EngKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa supaya pihak kerajaan mendapatkan bantuan Interpol bagi membawa Zhang Jian dan kumpulannya ke Malaysia untuk didakwa atas kesalahan menjalankan perniagaan Skim Cepat Kaya YSLM.

Menurutnya, Zhang Jian dan kumpulannya pernah berada di Malaysia selama dua tahun yang lalu sebelum beliau ditangkap di Thailand.

“Persoalannya di sini, mengapa tiada siapa yang ditahan sehingga mereka ke Thailand dan apabila berada di sana, tidak sampai dua bulan mereka sudah ditangkap.

“Ramai sudah maklum yang perniagaan ini adalah skim piramid, skim cepat kaya dan perniagaan haram,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Lip Eng sebelum ini pernah menanyakan soalan di Parlimen mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan dan meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk menjawab.

Namun beliau menjawab Skim Cepat Kaya YSLM yang diasaskan oleh Zhang Jian ini adalah sah disisi undang-undang.

“Skim atau pelan pemasaran yang ditawarkan oleh YSLM di bawah syarikat CDTUP International Sdn.Bhd mempunyai unsur-unsur Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid yang menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi dalam masa yang singkat dan bergantung kepada kemasukan peserta-peserta baru ke dalam skim berkenan,” katanya dalam jawapan bertulis.

Tambah Lip Eng, perkara ini juga telah beliau dedahkan di dalam akhbar dan parlimen.

“Sekarang mereka dah ditahan di Thailand, dan saya nak kerajaan dari mana-mana kementerian pun yang terlibat untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi membawa Zhang Jian dan kumpulannya ke Malaysia untuk didakwa

“Jadi saya mahu pembantu, rakan kongsi dan siapa pun yang terlibat dengan Zhang Jian di Malaysia, yang mana mereka itu rakyat Malaysia, saya mahu mereka ditahan dan ditangkap,” tegasnya.

Katanya, beliau tidak tahu kenapa kerajaan ambil mudah perkara ini sedangkan satu dunia memerhatikan mereka,

“Komen saya ialah ramai sudah tahu berkenaan perkara ini Zhang Jian dan dua lagi yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan yang sama berkenaan skim cepat kaya di Thailand di Chiang Mai, Bangkok dan Phuket.

“Kenapa tidak tahan Zhang Jian walaupun sudah banyak laporan polis sudah dibuat,” ujarnya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments