Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tian Chua bebas dari tuduhan di bawah Akta Hasutan

 | November 14, 2014

Isu Lahad Datu Sabah telah dijadikan serangan politik bertubi-tubi oleh UMNO kepada Tian Chua dan PKR untuk menjanakan pelbagai emosi sehingga setiap hari disiarkan di dalam televisyen dan media

tian-chua-3KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dilepaskan daripada dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948.

Hari ini, Norsharidah Awang membuat keputusan Tian Chua tidak bersalah dan dilepaskan tanpa pembelaan.

Beliau dilepaskan kerana sebelum ini terdapat dakwaan dan laporan polis dibuat mengenai kenyataan yang disiarkan oleh Keadilan Daily, bertarikh 1 Mac 2013 yang didakwa mengaitkan penglibatan UMNO dalam konflik insiden di Lahad Datu Sabah pada MAC 2013.

Menurut Tian Chua, beliau mendesak supaya menteri-menteri dan pemimpin negara yang terlibat membuat tuduhan liar terhadapnya membuat kenyataan mengaku salah dan memberi jaminan kepada masyarakat agar perkara ini tidak diulangi lagi.

“Isu ini telah dijadikan serangan politik bertubi-tubi oleh UMNO untuk menjanakan pelbagai emosi sehingga setiap hari disiarkan di dalam televisyen dan media.

“Selain menggunakan sebagai modal politik isu ini juga dijadikan untuk menyerang saya dan parti saya,” katanya kepada pemberita selepas dibebaskan di Mahkamah Jalan Duta.

Tambahnya, beliau juga meminta supaya pihak pemerintah menyemak terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan.

“Saya ingin menyebut secara spesifik, Menteri Dalam Negeri yang pernah bukan sahaja menyuruhnya memohon maaf tetapi juga memberi secara galakan kepada pihak menentang kami menggunalkan kekerasan yang kononnya, apa yang saya katakan itu menghina pasukan keselamatan dan negara tidak layak itu adalah dakwaan yang tidak benar.

Sementara itu, Peguam Bela Latheefa Koya berkata Tian Chua dibebaskan selepas pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bersalah.

“Artikel yang dirujuk tersebut ternyata olahan daripada penulis artikel tersebut.

Sebelum ini Tian Chua mengaku tidak bersalah dan dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments