Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

1MDB pada kedudukan seiring dengan objektif

 | February 20, 2015

Amat penting bagi 1MDB menumpukan kepada usaha mempertingkat kewangannya bagi memastikan penghasilan nilai maksimum kepada ekonomi.

Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahKUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya.

Beliau menjelaskan, 1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

“Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya,” kata Ahmad Husni dalam kenyataan.

1MDB kebelakangan ini diselubungi dengan kontroversi hutangnya yang besar, serta persoalan kedudukan wang yang ditebuskan daripada leburan di Cayman Islands serta punca kewangan bagi ia menjelaskan hutang RM2 billion kepada Maybank Berhad dan RHB Capital Berhad.

Pada 18 Feb, 1MDB mengumumkan hasil semakan semula strategik yang dilaksana pada Januari bahawa perniagaannya membolehkan syarikat memaksimumkan nilai untuk Kementerian Kewangan dan pada akhirnya rakyat Malaysia.

Bernama melaporkan, Ahmad Husni memberitahu, setiap projek mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan dan struktur tadbir urus yang akan memastikan kejayaan pada masa depan.

Selain itu katanya, adalah amat penting bagi 1MDB menumpukan kepada usaha mempertingkat kewangannya bagi memastikan penghasilan nilai maksimum kepada ekonomi.

Dalam pelaksanaan semakan semula strategik itu, 1MDB berkata ia menyedari matlamat dan misinya untuk menjadi pelaksana strategik idea dan sumber baharu pertumbuhan serta memacu ke arah pembangunan ekonomi yang mampan di Malaysia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments