Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PasMa bantah Dr.Haron Din jadi Mursyidul Am PAS?

 | March 13, 2015

Antara kriteria calon Mursyidul Am adalah dikenali sebagai ahli ilmu, ketara mendukung prinsip ulama, berakhlak dan tidak kontroversi

Oleh Mc T (MYKMU.net)

pasma haronBukan jawatan sembarangan

Umum dah tahu bahawa Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, sudah sepakat melantik Datuk Dr Haron Din untuk mengisi jawatan Mursyidul Am PAS yang kosong disebabkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Jawatan Mursyidul Am ini bukan jawatan sembarangan yang boleh dipilih dengan mudah, kerana ia mempunyai syarat dan kriterianya tersendiri.

Kriteria calon Mursyidul Am hendaklah “individu itu mestilah dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat-sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.

Perlembagaan PAS tidak menyebutkan kriteria khusus siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am.

Persetujuan Majlis Syura Ulama

Fasal 8(6) Perlembagaan PAS hanya menyebutkan bahawa:

Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun.

Peruntukan ini jelas bahawa mursyidul am itu dilantik oleh ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) di dalam mesyuarat mereka. Maka jelas Perlembagaan memberikan kuasa kepada seluruh ahli MSU untuk melantik siapa yang difikirkan paling layak untuk mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.

Ahli MSU lebih arif untuk mengetahui siapa yang paling layak di antara mereka, untuk diangkat. Dalam keputusan mesyuarat, ternyata mereka membuat pilihan yang tepat kerana memilih Datuk Dr Haron Din. Kerana beliau memenuhi kriteria yang dimaksudkan dalam perlembagaan PAS.

Bukan penghormatan, tapi kesempatan penipuan

Tapi bukan semua orang senang dengan keputusan itu. Lebih-lebih lagi di pihak PasMa, mereka menerima berita lantikan itu bukan satu berita yang baik untuk mereka.

Mereka di PasMa pernah memberi cadangan kononnya jawatan Mursyidul Am itu patut dipegang oleh Haji Hadi (Presiden PAS). Atas alasan, tiada siapa yang lebih hebat daripada Haji Hadi dan kata mereka ianya satu penghormatan.

Benarkah ianya penghormatan? Atau ianya satu penipuan untuk mengambil kesempatan.

Penulis berpendapat, jika Haji Hadi menjadi Mursyidul Am, sudah tentu jawatan Presiden PAS secara automatik akan kosong dan terbuka luas untuk ‘Abang Mat’ Sabu menduduki kerusi tersebut.

Ianya mencerahkan lagi peluang PasMa, meletak pemimpin mereka disana. Maka tercapailah cita-cita PasMa untuk mengambil alih parti PAS.

PasMa berdepan Haron dan Hadi

Tetapi semuanya hancur bila Dr Haron Din yang dilantik menjadi Mursyidul am.

Sudah la geng PasMa memang tak suka dengan Dr Haron Din, yang dikatakan tegar Unity Government (UG) dan pro UMNO. Kini beliau pula dilantik mengetuai MSU dan menjawat jawatan tertinggi dalam parti PAS.

Kiranya lepas ni, PasMa bukan hanya perlu berhadapan dengan Haji Hadi, tapi dengan Dr Haron Din juga.

Team Ulamak kukuhkan lagi tempat mereka dalam PAS. Tapi PasMa, masih mencari tapak, walaupun di akar umbi mereka kuat, namun jika gagal untuk menguasai organisasi tertinggi, cita-cita mereka tak tercapai.

Lepas ni agaknya apa pula rancangan yang PasMa akan lakukan?

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments