Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pendidik British Council berang dengan peserta #Kita Lawan

 | March 28, 2015

Pendidik merayu kepada peserta himpunan supaya tidak bertindak ganas sehingga mendatangkan kecederaan.

KITA lawanKUALA LUMPUR: “Saya terpaksa keluar dari kelas untuk berjumpa dengan penganjur bagi memastikan peserta #Kita Lawan tidak meredah ke dalam bangunan dan menggangu kelas yang sedang berjalan.”

Demikian kata seorang pendidik British Council, Anna Steven yang ketika ditemui mengadakan kelas Bahasa Inggeris di pusat pembelajaran itu di Jalan Ampang.

Pendidik-pendidik itu berang dan menyeru penganjur demonstrasi mengawal keadaan apabila penyokongnya seperti hilang arah dengan melaungkan protes terhadap kerajaan.

“Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar jeritan itu, bahkan ibu bapa juga sudah bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dakwa beliau, perhimpunan tersebut sememangnya mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa agar pihak penganjur tidak bertindak keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments