Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Asri minta alim ulama jangan senyap isu TH

 | May 9, 2015

Mereka perlu bersuara atas tanggung jawab amar makruf mungkar nahi mungkar iaitu mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

dr maza,ulama

PETALING JAYA: Golongan ulama diminta supaya tidak berdiam diri dalam isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada harga berkali ganda lebih tinggi.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, golongan itu bertanggungjawab bersuara atas dasar amal makruf nahi mungkar iaitu mengajak manusia melakukan perkara kebaikan dan amencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik.

Beliau berkata, TH merupakan lambang kebanggaan ekonomi umat Islam dan apa yang berlaku amat memalukan orang Islam di negara ini.

“Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini,” katanya.

Asri berkata, siasatan telus perlu dijalankan untuk membawa mereka yang khianat kepada amanah negara ke muka pengadilan.

Merujuk kepada tiga pegawai atasan TH yang ada kaitan secara langsung dengan 1MDB, Asri berkata, jika berita yang disebarkan itu berasas, ia merupakan perkhabaran yang sangat mendukacitkan.

“Mereka semua yang terlibat , tidak memadai sekadar meletakkan jawatan,” katanya.

Tiga pegawai atasan itu, Pengarah TH , Tan Sri Esmee Ismail yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Timbalan Pengarah TH, Datuk Johan Abdullah juga merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy manakala Panel Pelaburan TH, Datuk Abdul Samad Alias adalah Ahli Panel Penasihat 1MDB.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments