Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pasangan dera kanak-kanak lima tahun ditahan polis

June 29, 2015

Pasangan terbabit telah melarikan diri ke Thailand selepas perbuatan merekka diketahui pihak berkuasa.

Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin

PETALING JAYA: Polis Kelantan menahan bapa dan ibu tiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera pasangan itu sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 25 dan 39 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam Ahad, di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu.

“Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu akan direman pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pasangan suami isteri itu telah melarikan diri ke Thailand selepas perbuatan mereka terhadap kanak-kanak itu diketahui pihak berkuasa.

Polis negara ini telah bekerjasama dengaan polis Thailand untuk mengesan kedua-dua suspek hingga membawa kejayaan penangkapan mereka.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments