Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelombong bauksit rakus, ceroboh tanah di Kemaman

 | July 15, 2015

Terengganu mengeluarkan arahan operasi bersepadu dengan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPRM bagi menghentikan aktiviti perlombongan bauksit

ahmad-razif_lori_600

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu memandang serius aktiviti perlombongan haram bauksit yang dikesan di Jabor, Kemaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memaklumkan rondaan 24 jam yang dilakukan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (JKPTG) telah berjaya menahan lori-lori yang menceroboh dan mengambil bahan itu di kawasan berkenaan.

Susulan itu, beliau mengeluarkan arahan operasi bersepadu dengan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPRM bagi menghentikan aktiviti berkenaan.

Selain itu, lori yang membawa bijih bauksit dari Kuantan juga tidak dibenarkan memasuki kawasan Terengganu.

“Kita mahu tindakan bersepadu perlu diadakan bagi mencegah lori-lori berkenaan membawa bahan itu yang bercampur tanah merah bagi menghalang pencemaran berlaku,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau mengakui kerajaan negeri ada menerima beberapa permohonan untuk melombong bauksit di Jabor , tetapi sehingga kini tiada sebarang kelulusan diberikan.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, Sime Darby antara syarikat yang membuat permohonan untuk melombong bijih bauksit di kawasan berkenaan.

Katanya, kerajaan perlu memastikan, sekiranya perlombongan hendak dibuat, ia hendaklah mengikut kehendak dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kalau mahu membuka perlombongan bauksit, ia mestilah mendapat kelulusan JAS dan ada komitmen daripada pengeluar yang tidak ada apa-apa isu yang akan timbul, maka kita boleh pertimbangkan.

“Kita tidak mahu seperti apa yang terjadi dengan negeri jiran kita Pahang, yang menjadi isunya apabila bauksit yang bercampur tanah merah yang dibawa lori, hingga mencemarkan alam sekitar,” katanya selepas mengagihkan wang zakat kepada 220 fakir miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments