Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak sokong Bersih, tapi sokong tindakan rakyat tolak Najib-Tun M

 | August 30, 2015

Kehadirannya bagi memberikan sokongan kepada rakyat atas tindakan mereka yang serius menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

tunm

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kehadirannya di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu bukan untuk memberikan sokongan kepada penganjur demonstrasi Bersih 4.0.

Sebaliknya, memberikan sokongan kepada rakyat atas tindakan mereka yang serius menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya lagi, rakyat yang datang berdemonstrasi ini juga tidak semuanya membencikan UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi kerana mereka tidak boleh menerima lagi pemimpin seperti Najib.

“Najib telah menyalahgunakan institusi kerajaan, dengan menyingkirkan Peguam Negara, mengugut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga menggunakan polis untuk menakutkan orang ramai bagi menghormati beliau.

“Dia (Najib) juga telah menyalahgunakan ahli jawatankuasa PAC dengan menawarkan mereka jawatan di dalam kabinet. Ini juga boleh dikatakan seperti rasuah,” katanya yang ditemui pemberita di Pasar Seni, petang Ahad.

Tambah Mahathir lagi, beliau juga langsung tidak mempercayai bahawa derma yang memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib adalah penderma dari negara Arab.

“Tidak ada Arab yang akan memberikan amaun sebanyak itu kepada sesiapa. Ia tidak masuk akal,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau juga mengajak agar Ahli Parlimen membuat satu usul undi tidak percaya dan menolak Najib.

“Saya juga maklum, bahawa beliau telah merasuah semua ahli parlimen UMNO, Ketua Bahagian UMNO. Bahkan Najib juga pernah memberitahu bahawa duit adalah raja.

“Dalam erti kata lain, anda membeli orang. Anda berikan wang kepada orang, dengan harapan orang itu akan menyokong anda,” katanya lagi.

Kata Mahathir lagi, tindakan Najib yang merasuah setiap Ahli Parlimen juga tidak masuk akal kerana jika dilihat dari gaji beliau adalah tidak mencukupi.

“Sudah tentu dia akan dapat duit dari sumber lain,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments