Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tun M: Kita tidak perlu himpunan berasaskan kaum

 | September 9, 2015

Masalah yang berlaku di negara ini bukan melibatkan isu bangsa tetapi usaha untuk menukar kepimpinan kerajaan yang banyak menimbulkan masalah kepada rakyat.

mahathir,baju-merah

SUBANG: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan himpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang dirancang pada 16 September ini di ibu negara.

Menurutnya, perhimpunan itu tidak perlu diadakan kerana negara ini tidak seperti Thailand yang ada bantahan dan demonstrasi mengikut warna baju.

“Apa nak baju merah pulak, tidak payah. Ini bukan soal baju kuning lawan baju merah macam di Bangkok. Ini kita punya masalah, kita selesaikan masalah kita,” katanya sewaktu ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada Rabu.

Jelas Dr Mahathir, negara kita tidak memerlukan suatu himpunan berasaskan kaum tertentu.

“Tak payahlah, ini bukan soal bangsa, ini soal hendak buang kerajaan,” katanya lagi yang mengulas mengenai “Himpunan Rakyat Bersatu” yang dijadualkan berlangsung pada 16 September.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments