Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelaburan KWSP dalam 1MDB berisiko tinggi- Rafizi

 | October 22, 2015

Pelaburan RM1.72 bilion satu jumlah yang besar apatalah lagi ia melibatkan wang rakyat.

rafizi-ramli

PETALING JAYA: PKR meneruskan desakan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan pelaburannya dalam 1MDB.

Ia bagi menggelak berlakunya risiko kewangan lebih tinggi sekiranya ia terus membuat pelaburan dalam anak syarikat milik kerajaan yang sarat dengan hutang itu.

Desakan itu dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli , apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa pelaburan KWSP di dalam 1MDB tidak memberi sebarang risiko.

“Jumlah pelaburan KWSP di dalam 1MDB bukannya kecil dan berjumlah RM1.72 bilion. Jumlah RM1.72 bilion adalah satu jumlah yang besar, apatah lagi bila dana ini adalah simpanan wang rakyat yang diuruskan oleh KWSP.

“Untuk menilai sama ada pelaburan KWSP di dalam bon 1MDB adalah berisiko tinggi atau tidak, kadar faedah yang tinggi dibayar oleh 1MDB kepada KWSP berbanding kadar faedah bon-bon lain adalah bukti pelaburan itu sebenarnya berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tindakan yang dibuat Johari itu sebenarnya, di luar pengetahuan beliau apabila secara langsung mengesahkan bahawa pelaburan KWSP itu tidak mempunyai risiko tanpa membuat semakan secara terperinci.

“Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya tidak mengambil ringan sebarang urusniaga yang melibatkan simpanan wang rakyat tidak kiralah berapa jumlahnya. Dalam perkara ini, pelaburan KWSP di dalam 1MDB yang berjumlah RM1.72 bilion adalah cukup besar,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments