Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ahli Parlimen DAP biadap enggan guna Bahasa Malaysia di Parlimen

 | November 24, 2015

Tindakan Chieng Jen juga dianggap sebagai percubaan untuk memperlekehkan Bahasa Malaysia

 

ismail-sabri,Chong-Chieng-Jen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching-DAP Chong Chieng Jen disifatkan biadap selepas mengemukakan soal hak anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam Bahasa Inggeris.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar tindakan Chieng Jen itu sebagai memperlekeh Bahasa Malaysia.

“Saya anggap keengganan menggunakan Bahasa Malaysia di dalam Parlimen sebagai satu tindakan biadap ….Ini bukan soal hak asasi, ini bukan soal hak tapi kita sudah tahu ia bahasa rasmi….Sejak dulu tidak pernah ada orang yang mempersoal tentangnya, malah kalau mahu guna Bahasa Inggeris sekalipun dengan izin. Begitulah orang menghormati Bahasa Malaysia.

“Namun di dalam Parlimen hari ini, DAP Kuching menolak penggunaan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) sesi 2014/2015 di Auditorium Felcra Berhad.

Ismail turut menasihatkan agar Chieng Jen menerima dan menghormati Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan di peringkat nasional.

“Jadi di dalam Parlimen guna Bahasa Kebangsaan. Bahasa Malaysia ditetapkan sebagai bahasa yang perlu digunakan termasuk di mahkamah.

“Tiada alasan untuk tidak menghormati perlembagaan,” katanya.

Sebelum ini, Chieng Jen yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri mengemukakan soal hak anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam Bahasa Inggeris.

Namun sesi perbahasan di sidang Dewan Rakyat itu telah bertukar kecoh dengan pertikaman lidah beberapa anggota Parlimen berhubung penggunaan bahasa Inggeris di dewan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments