Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ubah minda ‘makan gaji’, sertai perniagaan internet – Najib

 | November 25, 2015

Kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2016 untuk program E-usahawan dan E-zakat.

 

internet-businessKUALA LUMPUR: Generasi muda digesa untuk mengubah minda ‘makan gaji’ dengan melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan atas talian dan tidak bergantung kepada cara konvensional.

Saranan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selaras dengan peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2016 bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam program E-Usahawan dan E-Rezeki.

“Kita mengubah kerangka minda menjadi seorang yang mahu mencebur diri dalam bidang yang dilupakan, bukan industri yang dah masuk maghrib (industri senja). Kita kena masuk industri masa hadapan,” katanya semasa berucap merasmikan pelancaran E-Usahawan di PWTC pada Rabu.

Katanya, dengan adanya E-Usahawan ini ia sekaligus dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk mengubah pemikiran bagi memperolehi pendapatan.

“Kita nak bidang baru dan gunakan teknologi ini (E-Usahawan) untuk menjual dan memasarkan produk kita lebih menarik dengan menggunakan internet.

“Kalau kita bekerja kita akan dapat gaji, tapi kalu kita berjaya jadi usahawan gunakan internet, maka orang putih kata ‘sky is the limit’, tidak ada had. Had itu terpulang kepada imaginasi kita untuk kita capai pendapatan yang sukar dimpikan kita,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments