Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SKMM siasat pengendali Facebook “LetakJawatan”

 | December 4, 2015

Joe Haidy mendakwa telah disoal siasat selama tiga jam pada Selasa lalu

NAJIB-LETAK-JAWATANPETALING JAYA: Pengendali Facebook “LetakJawatan” telah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut laporan yang dipetik daripada The Malaysia Insider, Joe Haidy Sulaiman, 45, mengesahkan dia telah dipanggil ke ibu pejabat SKMM pada Selasa lalu untuk disoal siasat.

“Saya disoal siasat selama 3 jam kerana dakwaan memfitnah Najib melalui LetakJawatan,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Dia juga memaklumkan polis kemudian mengikutnya ke rumah merampas komputer riba serta modemnya.

Menurut Joe Haidy, dia disiasat berikutan kenyataan memfitnah daripada status yang dimuat naik di laman Facebook LetakJawatan, yang mendakwa Najib pernah ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain.

Laman sosial itu digunakannya bagi mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

Dia disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana adalah kesalahan menerbitkan apa-apa yang lucah, palsu, mengugut atau menyinggung untuk tujuan menyakiti, salah guna, mengugut atau mengganggu sesiapa.

Sekiranya didapati bersalah, Joe Haidy boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan setahun, ataupun kedua-duanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments