Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ahli tak puas hati PKR terlalu fokus isu Anwar

 | December 14, 2015

Wan Azizah terlalu fokus isu pembebasan Anwar Ibrahim dan mengabaikan usaha memperkukuhkan pakatan parti pembangkang.

Adrian-Lim,-Anwar-Ibrahim,-Wan-Azizah-Ismail,Free-Anwar-Mock-Prison-TourPETALING JAYA: Ahli PKR mengkritik parti itu yang dilihat terlalu fokus kepada perjuangan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lari daripada perjuangan untuk rakyat.

Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed berkata, perjuangan yang dibawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ini lebih kepada emosi dan peribadi.

“Perjuangan Wan Azizah lari dari hala tuju parti, nampak perjuangannya lebih kepada suami (Anwar), berbanding rakyat. Kita tengok dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini tema yang diguna ialah ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’. Benda itu sepatutnya tidak boleh dijadikan tajuk utama,” katanya kepada FMT.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, Nasiruddin Mohamed pula berkata, Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sepatutnya mengetepikan isu peribadi.

“Sepatutnya Wan Azizah perlu membawa perjuangan bebas semua rakyat, namun Wan Azizah tidak bersalah sebaliknya kepimpinan PKR itu sendiri perlu bangkitkan benda ini,” katanya.

Katanya, Wan Azizah sepatutnya menumpukan usaha memperkukuh pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Wan Azizah kena bincang inilah masa terbaik, sekiranya pembangkang mahu menang dan jalan terbaik beliau perlu betulkan apa yang berlaku dalam pembangkang dan PKR.

“Malah sekiranya kemelut yang berlaku ini tidak dibuat, tidak mustahil kemelut yang berlaku dalam UMNO akan berlaku juga pada PKR,” katanya yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil pada PRU13.

Nasiruddin tanpa berselindung mengaku Datuk Seri Mohamed Azmin Ali paling layak untuk mengambilalih jawatan Presiden PKR jika Wan Azizah bersara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments