Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Panglima ATM sahkan anggota ditahan bantu kes tembak

 | January 8, 2016

ATM juga telah diarahkan untuk menyiasat kejadian itu

Zulkifeli-Mohd-Zin_polis_handcuf_tembak_600

KOTA BAHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan dua anggotanya kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan oleh seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata selain polis, ATM turut melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

“Pihak polis (sedang) membuat siasatan… pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.

“Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 7.15 malam semalam, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi hari ini enggan mengulas mengenai kejadian itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments