Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peguam Negara kembalikan kertas siasatan SRC, RM2.6b kepada SPRM

 | January 18, 2016

Peguam Negara mahukan penjelasan SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan suruhanjaya itu

afandi-ali,src

PETALING JAYA: Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berkaitan SRC International dan dana RM2.6 bilion yang diterima sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh suruhanjaya itu.

“Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion yang telah dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015.

“Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kes SRC International, dan kes RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada Mohamed Apandi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dipetik berkata, badan itu mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan bagi dua kes itu untuk tindakan Peguam Negara.

“Justeru itu, SPRM menaruh keyakinan tinggi kepada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional,” katanya

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temubual khas bersama FMT meramalkan Mohamed Apandi akan mengenepikan laporan SPRM ke atas kes SRC International dan wang derma RM2.6 bilion itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments