Zamihan mahu debat dengan Asri diadakan tertutup
Zamihan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara berkenaan debat yang akan diadakan itu
KUALA LUMPUR : Zamihan Mat Zin menyatakan mahu berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin secara tertutup.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) itu berkata, ini kerana beliau telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengadakan debat secara terbuka.
“Maknanya ahli akademik, agamawan dan keselamatan saja hadir.
“Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap org Islam,” katanya pada sidang media selepas kursus ‘Training of Trainers Bahaya Militan Islamic State’ di Saloma Bistro hari ini.
Dalam pada itu, Zamihan menjelaskan, beliau tidak dapat hadir dalam debat yang dijadualkan pada 10 Februari ini.
Katanya, ia disebabkan beliau mempunyai program lain di Penjara Machang.
Sehubungan itu, Zamihan berkata, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada malam oni mengenai mekanisme debat yang akan diadakan nanti.
Hari ini, Mohd Asri berkata, Zamihan hanya mempunyai masa sehingga 17 Februari ini untuk berdebat dengannya.
Menurut Asrim selepas dari tarikh itu beliau menganggap tawaran untuk berdebat dengannya sebagai ‘tutup kes’.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Ini kerana, jelas Asri beliau akan kerap berada di luar negara selepas tarikh berkenaan.