Jersi Kelantan putihkan kulit tak masuk akal
Pengguna laman sosial itu juga berkata kenyataan Dr Vida itu hanyalah rekaan dan bertujuan untuk menipu
PETALING JAYA: Kenyataan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berhubung fungsi jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) memutihkan kulit dipertikai salah seorang pengguna Facebook.
Pada pendapatnya, kenyataan Dr Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida itu hanyalah rakaan dan memperdayakan peminat.
“Fungsi memutihkan kulit itu suatu yang direka-reka dan menipu sahaja. Adakah kajian sebelum ini yang menunjukkan ianya terbukti dari segi saintifik?
“Memang diketahui ada fabrik yang mempunyai kelebihan untuk menghalang terik mentari seperti baju-baju dari jenis outdoor.
“Namun pemilik produk-produk tersebut tak pernah mengaku pakaian mereka mampu memutihkan kulit. Pasukan Kelantan ada pemain berkulit gelap atau pemain import dari Afrika tak? Kita tunggu sahaja habis musim bolasepak tahun ini untuk melihat ‘kehebatan’ jersi ini memutihkan kulit mereka,” sindir pengguna itu.
Sebelum itu Dr Vida dalam satu kenyataanya di Berita Harian Online berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.
Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
https://www.facebook.com/pswatch1/posts/1173286852682257