Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hanya tiga gadis berjaya tawan hati ‘ayah’ – Rani Kulup

 | February 14, 2016

Gadis jatuh hati pada ayah kerana air mukannya yang penuh dengan kejujuran serta keikhlasan.

 

rani-kulup-2

PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah mendedahkan hanya tiga wanita sahaja berjaya memikat hatinya sepanjang zaman bujang.

Katanya, sepanjang bercinta dizaman bujang, Rani atau mesra dipanggil “ayah”, tidak pernah memulakan langkah mendekati perempuan sebaliknya si gadis yang cuba memikat hatinya sehingga membawa kepada percintaan.

“Sepanjang zaman bujang ayah pernah ada tiga teman wanita, dan ketiga-ketiga teman wanita ayah itu mula mencari ayah, sebab ayah ini pemalu oranya tak pandai mengusik perempuan,” katanya kepada FMT.

Tidak cukup dengan itu, Rani turut mendedahkan bahawa air mukanya yang jujur itu menyebabkan ramai gadis tertarik dengan beliau.

Malah sehingga kini bekas teman wanitanya masih mencari beliau untuk bertemu, walaupun sudah mempunyai anak dan suami.

“Sebab orang jatuh hati kepada ayah, dia tengok dari segi kejujuran ayah, dia tengok air muka ayah ini lain daripada yang lain. Orang perempuan tengok muka ayah seperti benda berharga malah sampai sekarang umur saya 60 tahun ramai lagi gadis berminat dengan saya.

“Malah pengalaman yang tidak boleh ayah lupa semasa zaman bercinta, apabila sehingga sekarang teman wanita atau kekasih ayah yang sudah ada anak dua tiga pun masih ingatkan ayah, dan masih lagi menyuruh suami dia mencari ayah kerana dia tak boleh lupa hubungan kasih kami itu,” katanya

Rani berkata, sepanjang beliau bercinta beliau sesekali tidak pernah ‘curang’ serta menyakiti hati mana-mana wanita. Malah mengakui tidak pernah menyentuh tangan teman wanitanya itu.

“Zaman ayah dulu bercinta tersusun, kalau bercinta satu, satu sajalah, ayah tak pernah bercinta sehingga rambang mata nak ngorat orang lain. Malah kalau nak keluar ayah akan minta izin ibu bapa dulu kerana orang dulu kesopanan dan kesusilaannya sangat kuat,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments