Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Shahidan nafi jadikan diskusi Maza – Zamihan medan debat

 | February 14, 2016

Ia bukannya debat untuk mencari pemenang sebaliknya mahu menyelesaikan permasalahan sesama ummah

Zamihan Mat Zin

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan beliau menjadikan diskusi ilmiah sebagai medan perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza)‎ dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin.

Shahidan berkata, diskusi itu yang bertajuk ‘Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi’ mengundang Asri dan Zamihan sebagai anggota panel bagi membincangkan isu berbangkit berkaitan agama secara ilmiah.

“Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin mengadakan debat antara mereka berdua, melainkan hanya diskusi ilmiah secara tertutup atau boleh dikatakan lebih kepada perbincangan,” katanya lapor Bernama.

Shahidan berkata demikian sebagai menjawab gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya tidak mengadakan program itu.

“Program ini bukannya dianjurkan untuk mencari siapa kalah siapa menang tetapi bagi menyelesaikan permasalahan sesama ummah dan telah mendapat persetujuan di peringkat atasan.

“Tiada siapa yang mahu tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah maka, saya rasa bertanggungjawab dan perlu melakukan sesuatu supaya permasalahan ini dapat diselesaikan secara muzakarah, bukannya untuk saling menyalahkan,” jelasnya.

Diskusi itu akan diadakan pada Rabu ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam, Kuala Lumpur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments