Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

EXCO Kedah angkat sumpah Isnin ini

February 17, 2016

Acara mengangkat sumpah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan akan dilangsungkan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit.

kedah_exc0_600_1

ALOR SETAR: Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Kedah dijadual dilangsungkan Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini.

Menurut surat jemputan media yang dihantar Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah hari ini, majlis dijadual berlangsung pada pukul 9 pagi.

Acara mengangkat sumpah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan akan dilangsungkan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pelantikan EXCO itu selaras dengan perkara 37(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Bagaimanapun sehingga kini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah belum mengumumkan barisan exco baharu.

Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Feb, sehari selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai menteri besar berikutan kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

– BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments