Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tony Fernandes terima anugerah tunggak keempat USABC

February 19, 2016

Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah memberi sumbangan luar biasa kepada pertumbuhan ASEAN.

Tony-Fernandes_asia

KUALA LUMPUR: Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes diberikan Anugerah Tunggak Keempat oleh Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) berikutan sumbangan luar biasanya kepada pertumbuhan ASEAN serta hubungan AS-ASEAN.

Beliau adalah penerima kedua anugerah berkenaan selepas Presiden AS, Barack Obama, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Anugerah Tunggak Keempat diberikan kepada individu atau pertubuhan yang mewakili ‘tunggak keempat’, individu yang telah memberi sumbangan luar biasa kepada pertumbuhan ASEAN serta memupuk hubungan AS-ASEAN yang lebih baik.

Ia disampaikan ketika majlis makan malam Persidangan Komuniti Ekonomi ASEAN 2016 di San Francisco.

Fernandes, yang juga anggota Majlis Penasihat Kelab Perniagaan ASEAN berkata, sudah tiba masanya ASEAN mengambil langkah berani ke arah persamaan dan standardisasi.

“Pengawal selia ASEAN perlu segera diwujudkan bagi memastikan standard ASEAN yang seragam. Proses sekarang yang bergantung kepada konsensus yang memerlukan kelulusan daripada semua 10 negara perlu dikaji semula agar inisiatif penting dapat bergerak ke depan.

“Kita berharap semua 10 negara anggota akan bersatu kerana ia membolehkan penggunaan sumber yang lebih cekap, ekonomi bidangan yang lebih baik, pengurangan kos serta pertumbuhan lebih pantas untuk rantau itu,” katanya.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments