Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gempa bumi di Tasik Kenyir

 | February 24, 2016

Gempa bumi bermagnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10km berlaku pada jam 9.25 malam tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

PETALING JAYA: Tasik Kenyir dilanda gempa bumi bermagnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10km pada jam 9.25 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Gempa dilaporkan berlaku pada kedudukan 5.0 Utara 102.9 Timur, 16km barat daya dari Kuala Berang, Terengganu.

Gegaran turut dirasai di pekan itu yang terletak dalam daerah Hulu Terengganu dengan 5,803 penduduk (bancian 2000).

Setakat berita ini ditulis, tiada maklumat samada gempa berpunca daripada gegaran bumi teraruh (induced seismicity) atau semulajadi.

METMalaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments