Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PKR desak kerajaan henti sekatan terhadap TMI

 | February 26, 2016

Kebenaran tidak akan dapat ditutup dengan kepalsuan, skandal melibatkan pemimpin tertinggi negara akan terus didedahkan, tegas Azmin

azmin-aliPETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan segera menamatkan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) tanpa syarat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu lagi langkah terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk “membisukan” media bebas.

“Ini adalah satu lagi kes penyalahgunaan kuasa eksekutif dalam senarai panjang pencabulan Perlembagaan oleh kerajaan untuk menundukkan organisasi media bebas.

“Dengan siri tindakan terdesak lain seperti pendakwaan terhadap suara-suara penentangan, penggunaan kuasa polis untuk menakutkan wartawan, tindakan sewenang-wenangnya Peguam Negara untuk menghentikan siasatan terhadap Perdana Menteri, apa yang kita saksikan adalah gangguan kepada proses demokrasi yang akhirnya akan merosakkan negara.

“Kami mengingatkan Najib bahawa rakyat tidak akan diperbodohkan kerana kebenaran tidak akan dapat ditutup dengan kepalsuan, skandal melibatkan pemimpin tertinggi negara akan terus didedahkan,” kata Menteri Besar Selangor itu.

SKMM menerusi kenyataannya menjelaskan, sekatan terhadap TMI dibuat di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas sebab melanggar Seksyen 233 akta yang sama, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Badan itu juga memberi amaran kepada laman berita yang lain agar tidak menyiarkan laporan yang tidak ditentukan kesahihannya kerana boleh “mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments