Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis beritahu selepas dua bulan adik direman – K Munispah

 | February 27, 2016

Mereka semua hidup berdikari selepas kematian kedua ibu bapa dan tidak pelik jika adik-adiknya tidak menghubunginya selama dua bulan.

 

K-Munispah

KUALA LUMPUR: Kakak kepada dua tahanan yang direman lebih 70 hari, Munispah Kuppuswamy tidak dapat menahan sedih ketika ditemui wartawan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Dia, mendakwa hanya diberitahu mengenai dua adiknya, K Rishikumar, 31 dan K Khrishnamurthy, 23, direman polis dua bulan selepas ditangkap.

“Patut polis beritahu. Mereka tak tahu sakit hati kita macam mana,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Disebabkan kedua-dua ibu bapa sudah tiada, katanya , mereka semua berdikari dan tidak pelik jika adik-adiknya tidak menghubunginya selama dua bulan.

“Saya ingat mereka bekerja, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada IPD Seremban memberitahu tentang hal itu,” ujarnya.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini bersama-sama keluarga enam tahanan membuat laporan polis berhubung dakwaan direman lebih 70 hari di 14 balai polis, bermula 11 Disember 2015.

Suaram juga mendakwa mereka diseksa di lokap sepanjang tempoh itu.

Dalam pada itu, peguam Sashi Devan berharap keenam-enam individu terbabit akan dibebaskan malam ini, selepas Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menolak permohonan lanjutan reman oleh polis.

“Walaupun ada kemungkinan ditahan semula, saya berharap mereka akan dibebaskan dan perkara seperti ini tidak berulang.

“Penahanan ini menyalahi proses dan prosedur polis sejak dari mula. Kalau mereka buat jenayah, dakwa mereka,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments