Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

JPJ Terengganu saran tidak beli kereta harga rendah

February 28, 2016

Jika berbuat demikian, pihak JPJ Terengganu akan menyita kenderaan sementara pemiliknya boleh didenda sehingga maksimum RM20,000.

AbdrahmanEmangAnyie-jpj

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tertarik untuk memiliki kereta pada harga rendah kerana ia lazimnya melibatkan kereta yang diklon.

Jika berbuat demikian, pihak JPJ Terengganu akan menyita kenderaan sementara pemiliknya boleh didenda sehingga maksimum RM20,000.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata demikian selepas pihaknya mengesan 22 buah kereta klon yang bernilai lebih RM1 juta sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

‘Sindiket (jualan kereta klon) turut agresif membuat promosi dengan membuat panggilan kepada golongan sasaran mereka dan menerusi laman sosial.

“Misalnya kereta jenis Honda Odyssey yang harga pasarannya melebihi RM100,000 didapati hanya dijual serendah harga RM10,000 hingga RM12,000 seunit,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata lazimnya kereta klon tidak mempuyai cukai jalan serta nombor pendaftaran yang sah namun sindiket akan mengeluarkan nombor pendaftaran seperti didaftarkan dalam negara bagi menyakinkan pembeli.

Abdul Rahman Emang berkata trend penjualan kereta mewah yang diklon meningkat sejak dua tiga tahun ini dengan sejak tahun 2014 sehingga kini, sebanyak 254 buah kereta klon pelbagai jenama telah dikesan di negeri ini.

Antara yang dirampas termasuk Mini Cooper, Subaru Impreza, Honda Jazz, Honda City, Honda Odyssey dan Toyota Wish.

-Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments