Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ahmad Bashah kena ‘boo’ di stadium

 | March 2, 2016

Kira-kira 17,000 penontom hadir menyaksikan perlawanan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman malam tadi.

VIDEO INSIDE

bashahPETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ‘diboo’ peminat-peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam tadi.

Rakaman video yang dimuatnaik di mukhrizmahathirfc.com menunjukkan Ahmad Bashah diboo peminat boleh sepak dipercayai penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum perlawanan bermula.

Teriakan dan jeritan ‘boo’ oleh peminat bola sepak jelas kedengaran pada minit 2.13 hingga 2.31 dalam rakaman itu.

Ini adalah kali pertama Ahmad Bashah hadir menyaksikan perlawanan bola sepak selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 4 Februari lalu.

Menerusi satu lagi rakaman video menunjukkan Ahmad Bashah diboo ketika berada dalam kereta untuk pulang selepas perlawanan selesai.

Kira-kira 17,000 peminat bola sepak kedua-dua pasukan hadir menyaksikan perlawanan itu yang berkesudahan Kedah menewaskan Kelantan 2-1.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments