‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’

‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’

Muhyiddin berkata, sebilangan pemimpin Umno yang menghentamnya kini pernah mengadu kepadanya tentang skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.

muhyiddin,umno,1mdb

KUALA LUMPUR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.

Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.

“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.

“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau pernah membangkitkan perkara yang sama dalam kenyataan pertamanya selepas penggantungan, mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO pernah datang bertemunya mengadu tentang beberapa skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mendedahkan identiti pemimpin-pemimpin tersebut ketika ditanya wartawan.

“Kalau saya sebut nanti mereka malu, nanti Presiden tanya dan mungkin tanggung akibat yang sama.

“Tak kisahlah mereka duduk senang-lenang dan saya begini. Tak mengapa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.