Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia 10 negara terburuk amal rasuah, kata Dr M

 | March 4, 2016

Dr M bersama 58 orang pemimpin setuju hak kebebasan bersuara, kebebasan akhbar terhalang menyebabkan rakyat hidup ketakutan.

mahathirrasuah

PETALING JAYA: Sejak negara dipimpin Datuk Seri Najib Razak, Malaysia dianggap 10 negara terburuk yang mengamalkan rasuah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu pemulangan wang derma RM2.6 bilion yang didermakan oleh pemerintah Arab sehingga hari ini masih tidak jelas.

“Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.

“Selain itu, Peguam Negara mengumumkan sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) dipulangkan kepada Arab Saudi. Namun, selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan,” katanya pada sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, hak kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar terhalang menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan, ditangkap dan ditahan.

“Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan, di mana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa di bawah prosedur yang melanggar batas keadilan yang diterima,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments