Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ketepikan isu kepercayaan antara Tun M dengan pembangkang – Lim Guan Eng

 | March 14, 2016

Walaupun apa yang dilakukan Dr Mahathir tidak dapat dilupakan banyak pihak tetapi agenda selamatkan Malaysia lebih penting.

Lim-Guan-NegKUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa masyarakat supaya mengetepikan isu kepercayaan diantara pembangkang dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam melakukan kerjasama melalui Deklarasi Rakyat.

Katanya, apa yang lebih penting adalah usaha gabungan semua pihak itu mempunyai agenda iaitu mahu menyelamatkan Malaysia.

“Bukan saya kata tidak ada masalah (kepercayaan), tetapi yang penting ialah jika kita ada alternatif untuk menyelamatkan Malaysia, maka kita pilih ke arah itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama Ahli Parlimen Bagan itu mengakui keluarganya tidak dapat melupakan apa yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, isu tersebut perlu dilupakan, kerana agenda menyelamatkan Malaysia kini lebih besar daripada perasaan mereka.

“Persoalannya adakah perasaan kita lebih penting daripada kita atau negara lebih penting. Kalau perasaan kita lebih penting maka kita tidak ada apa untuk diperkatakan,” ujarnya.

Sebelum ini, Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh Dr Mahathir dalam satu sidang media deklarasi anti-Najib menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Deklarasi tersebut menyenaraikan empat tuntutan penyingkiran yang perlu dilakukan termasuk menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments