Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adnan Abu Hassan meninggal dunia

 | March 18, 2016

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Adnan-Abu-Hassan_600

KUALA LUMPUR : Datuk Adnan Abu Hassan, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.

Berita Harian Online melaporkan, komposer terkenal negara itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam, kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments