Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tun M dulu kutuk DAP, sekarang duduk sebelah – Najib

March 19, 2016

"Dr Mahathir kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Tapi sekarang ini lain pula," kata Perdana Menteri.

najib_mahathir_deklarasi-citizen_600

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Perdana Menteri menyifatkan tindakan menjatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri dipilih rakyat dengan cara tidak demokrasi adalah bertentangan dengan prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dahulu selama 22 tahun.

“22 tahun kutuk parti DAP… kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang) rasis… kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.

“Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun … hari ini dia duduk sebelah siapa, dia ‘sign’ (tandatangan) deklarasi rakyat dengan siapa,” katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, hari ini

Najib berkata, Dr Mahathir, beberapa bekas pemimpin UMNO dan pembangkang tidak wajar menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan seperti yang dirancang oleh pihak berkenaan sebelum ini.

“Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,” katanya.

4 Mac lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dan Kit Siang adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib yang diketuai Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang hadir pada Himpunan Solidariti hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinannya.

Perdana Menteri berkata, beliau berasa gembira dengan keadaan itu kerana ia menggambarkan beliau tidak keseorangan dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam memimpin negara.

“Sebagai anak watan Pahang hati ini terubat hari ini. Walaupun diserang daripada mana-mana pun, tetapi kalau ‘askar’ saya ini seperti hari ini, saya tidak keseorangan, I’m not alone,” katanya.

BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments